AL HIKAM
AMALAN ZAHIR ADALAH KERANGKA SEDANGKAN ROHNYA ADALAH IKHLAS YANG TERDAPAT DENGAN TERSEMBUNYI DALAM AMALAN ITU. Amal
lahiriah digambarkan sebagai batang tubuh dan ikhlas pula digambarkan
sebagai nyawa yang menghidupkan batang tubuh itu. Sekiranya kita kurang
mendapat kesan yang baik daripada latihan kerohanian hendaklah kita
merenung dengan mendalam tubuh amal apakah ia bernyawa atau tidak.
Hikmat
10 ini menghubungkan amal dengan ikhlas. Hikmat 9 yang lalu telah
menghubungkan amal dengan hal. Kedua-dua Kalam Hikmat ini membina
jambatan yang menghubungkan hal dengan ikhlas, kedua-duanya ada kaitan
dengan hati, atau lebih tepat jika dikatakan ikhlas sebagai suasana hati
dan hal sebagai Nur Ilahi yang menyinari hati yang ikhlas. Ikhlas
menjadi persediaan yang penting bagi hati menyambut kedatangan sinaran
Nur Ilahi. Apabila Allah s.w.t berkehendak memperkenalkan Diri-Nya
kepada hamba-Nya maka dipancarkan Nur-Nya kepada hati hamba tersebut.
Nur yang dipancar kepada hati ini dinamakan Nur Sir atau Nur Rahsia
Allah s.w.t. Hati yang diterangi oleh nur akan merasai hal ketuhanan
atau mendapat tanda-tanda tentang Tuhan. Setelah mendapat pertandaan
dari Tuhan maka hati pun mengenal Tuhan. Hati yang memiliki ciri atau
sifat begini dikatakan hati yang mempunyai ikhlas tingkat tertinggi.
Tuhan berfirman bagi menggambarkan ikhlas dan hubungannya dengan
makrifat:
Dan
sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf
pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia
tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu).
Demikianlah (takdir Kami), untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara
yang tidak baik dan perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari
hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. ( Ayat 24 : Surah Yusuf ) Nabi
Yusuf a.s adalah hamba Allah s.w.t yang ikhlas. Hamba yang ikhlas
berada dalam pemeliharaan Allah s.w.t. Apabila dia dirangsang untuk
melakukan kejahatan dan kekotoran, Nur Rahsia Allah s.w.t akan memancar
di dalam hatinya sehingga dia menyaksikan dengan jelas akan tanda-tanda
Allah s.w.t dan sekaligus meleburkan rangsangan jahat tadi. Inilah
tingkat ikhlas yang tertinggi yang dimiliki oleh orang arif dan hampir
dengan Allah s.w.t. Mata hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t,
tidak pada dirinya dan perbuatannya. Orang yang berada di dalam makam
ikhlas yang tertinggi ini sentiasa dalam keredaan Allah s.w.t baik
semasa beramal ataupun semasa diam. Allah s.w.t sendiri yang
memeliharanya. Allah s.w.t mengajarkan agar hamba-Nya berhubung
dengan-Nya dalam keadaan ikhlas.
Dia
Yang Tetap Hidup; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu
kepada-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ( Ayat 65 : Surah al-Mu’min ) Allah
s.w.t jua Yang Hidup. Dia yang memiliki segala kehidupan. Dia jualah
Tuhan sekalian alam. Apa sahaja yang ada dalam alam ini adalah
ciptaan-Nya. Apa sahaja yang hidup adalah diperhidupkan oleh-Nya. Jalan
dari Allah s.w.t adalah nikmat dan kurniaan sementara jalan dari hamba
kepada-Nya pula adalah ikhlas. Hamba dituntut supaya mengikhlaskan
segala aspek kehidupan untuk-Nya. Dalam melaksanakan tuntutan
mengikhlaskan kehidupan untuk Allah s.w.t ini hamba tidak boleh berasa
takut dan gentar kepada sesama makhluk.
Oleh
itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat
kepada-Nya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir
tidak menyukai (amalan yang demikian). ( Ayat 14 : Surah al-Mu’min ) Allah
s.w.t telah menetapkan kod etika kehidupan yang perlu dijunjung,
dihayati, diamalkan, disebarkan dan diperjuangkan oleh kaum muslimin
dengan sepenuh jiwa raga dalam keadaan ikhlas kerana Allah s.w.t,
meskipun ada orang-orang yang tidak suka, orang-orang yang menghina,
orang-orang yang membangkang dan mengadakan perlawanan. Keikhlasan yang
diperjuangkan dalam kehidupan dunia ini akan dibawa bersama apabila
menemui Tuhan kelak.
Katakanlah:
“Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh
supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul
pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan
mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia
telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali
(kepada-Nya)”. ( Ayat 29 : Surah al-A’raaf ) Sekali
pun sukar mencapai peringkat ikhlas yang tertinggi namun, haruslah
diusahakan agar diperolehi keadaan hati yang ikhlas dalam segala
perbuatan sama ada yang lahir mahu pun yang batin. Orang yang telah
tumbuh di dalam hatinya rasa kasihkan Allah s.w.t akan berusaha
membentuk hati yang ikhlas. Mata hatinya melihat bahawa Allah jualah
Tuhan Yang Maha Agung dan dirinya hanyalah hamba yang hina. Hamba
berkewajipan tunduk, patuh dan taat kepada Tuhannya. Orang yang di dalam
makam ini beramal kerana Allah s.w.t: kerana Allah s.w.t yang
memerintahkan supaya beramal, kerana Allah s.w.t berhak ditaati, kerana
perintah Allah s.w.t wajib dilaksana, semuanya kerana Allah s.w.t tidak
kerana sesuatu yang lain. Golongan ini sudah dapat menawan hawa nafsu
yang rendah dan pesona dunia tetapi dia masih melihat dirinya di samping
Allah s.w.t. Dia masih melihat dirinya yang melakukan amal. Dia gembira
kerana menjadi hamba Allah s.w.t yang beramal kerana Allah s.w.t. Sifat
kemanusiaan biasa masih mempengaruhi hatinya. Setelah
kerohaniannya meningkat hatinya dikuasai sepenuhnya oleh lakuan Allah
s.w.t, menjadi orang arif yang tidak lagi melihat kepada dirinya dan
amalnya tetapi melihat Allah s.w.t, Sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya.
Apa sahaja yang ada dengannya adalah anugerah Allah s.w.t. Sabar, reda,
tawakal dan ikhlas yang ada dengannya semuanya merupakan anugerah Allah
s.w.t, bukan amal yang lahir dari kekuatan dirinya.
Tingkat
ikhlas yang paling rendah ialah apabila amal perbuatan bersih daripada
riak yang jelas dan samar tetapi masih terikat dengan keinginan kepada
pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. Ikhlas seperti ini dimiliki oleh
orang yang masih kuat bersandar kepada amal, iaitu hamba yang mentaati
Tuannya kerana mengharapkan upah daripada Tuannya itu.
Di
bawah daripada tingkatan ini tidak dinamakan ikhlas lagi. Tanpa ikhlas
seseorang beramal kerana sesuatu muslihat keduniaan, mahu dipuji, mahu
menutup kejahatannya agar orang percaya kepadanya dan bermacam-macam
lagi muslihat yang rendah. Orang dari golongan ini walaupun banyak
melakukan amalan namun, amalan mereka adalah umpama tubuh yang tidak
bernyawa, tidak dapat menolong tuannya dan di hadapan Tuhan nanti akan
menjadi debu yang tidak mensyafaatkan orang yang melakukannya. Setiap
orang yang beriman kepada Allah s.w.t mestilah mengusahakan ikhlas pada
amalannya kerana tanpa ikhlas syiriklah yang menyertai amalan tersebut,
sebanyak ketiadaan ikhlas itu.
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (Ayat 31 : Surah al-Hajj )
AMALAN ZAHIR ADALAH KERANGKA SEDANGKAN ROHNYA ADALAH IKHLAS YANG TERDAPAT DENGAN TERSEMBUNYI DALAM AMALAN ITU. Amal
lahiriah digambarkan sebagai batang tubuh dan ikhlas pula digambarkan
sebagai nyawa yang menghidupkan batang tubuh itu. Sekiranya kita kurang
mendapat kesan yang baik daripada latihan kerohanian hendaklah kita
merenung dengan mendalam tubuh amal apakah ia bernyawa atau tidak. Hikmat

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (Ayat 31 : Surah al-Hajj ) “Serta
(diwajibkan kepadaku): ‘Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah
mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan
janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik’”. Dan janganlah
engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang
tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan tidak juga dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang
yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). ( Ayat 105 & 106 : Surah Yunus ) Daging
dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan takwa dari kamu. (Ayat 37 : Surah al-Hajj ) Allah
s.w.t menyeru sekaligus supaya berbuat ikhlas dan tidak berbuat syirik.
Ikhlas adalah lawan kepada syirik. Jika sesuatu amal itu dilakukan
dengan anggapan bahawa ada makhluk yang berkuasa mendatangkan manfaat
atau mudarat, maka tidak ada ikhlas pada amal tersebut. Bila tidak ada
ikhlas akan adalah syirik iaitu sesuatu atau seseorang yang kepadanya
amal itu ditujukan. Orang yang beramal tanpa ikhlas itu dipanggil orang
yang zalim, walaupun pada zahirnya dia tidak menzalimi sesiapa. Intisari
kepada ikhlas adalah melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t semata-mata,
tidak ada kepentingan lain. Kepentingan diri sendiri merupakan musuh
ikhlas yang paling utama. Kepentingan diri lahir daripada nafsu. Nafsu
inginkan kemewahan, keseronokan, kedudukan, kemuliaan, puji-pujian dan
sebagainya. Apa yang lahir daripada nafsu itulah yang sering menghalang
atau merosakkan ikhlas.
sumber : http://alhikam0.tripod.com/hikam010.html “Serta

sumber : http://alhikam0.tripod.com/hikam010.html